Tuesday, February 2, 2010

Hasil Kacukan


Anak jantan hasil kacukan kambing baka kampong dengan jantan baka Anglo. Saiznya agak besar jika dibandingkan anak kambing baka kampong.


Anak kembar yang dilahirkan oleh salah seekor kambing baka kampong hasil kacukan dengan jantan baka Anglo.

Thursday, August 6, 2009

Garam Batu/ Rock Salt



Makanan atau diet harian kambing yang terdiri dari rumput dan tumbuhan tidak mempunyai garam semulajadi. Kambing memerlukan diet alternatif untuk membantu meingkatkan sistem imunisasi dan ketahanan badan bagi mengurangkan risiko diserang penyakit dan kurang daya ketahanan badan. Alternatif terbaik adalah dengan memberikan garam sebagai diet tambahan bagi mengatasi masalah yang mungkin timbul.
Kesan daripada memberikan garam batu sebagai diet tambahan seperti berikut:
1. Ternakan menjadi lebih aktif dan bertenaga.
2. Kambing jantan menjadi lebih bertenaga bagi proses mengawan.
3. Daya ketahanan badan ternakan meningkat.
4. Mengurangkan risiko jangkitan penyakit.
5. Mengurangkan kos rawatan suntikan imunisasi.
6. Mengurangkan tahap kematian ternakan akibat kurang daya ketahanan badan.

Monday, July 6, 2009

R n D


Contoh tag pengenalan yang diperolehi daripada Jab. Haiwan untuk inventori ternakan/ Identification tag sample obtained from Jab. Haiwan for cattles inventory

Percubaan menanam rumput napier untuk dijadikan makanan ternakan/ Trial process to plant napier grass for cattles feed

Rumput napier jenis Taiwan dan India ditanam untuk dibuat perbandingan yang mana lebih sesuai/ Napier grass type Taiwan and India both planted to make a comparison which one is more suitable

Daripada perbandingan, rumput napier India cepat membesar dengan saiz yang lebih besar tetapi agak manja apabila terdedah kepada serangan serangga manakala napier Taiwan bersaiz lebih kecil tetapi agak lasak/ As comparison, Indian napier grow faster and bigger in size however quiet fragile when exposed to insects while Taiwan type is smaller in size but quite tough

Saturday, June 20, 2009

Kandang Kambing 2/ Goat's Pen 2

Kambing Kampong/ Local Type Goat

Kambing Anglo/ Anglo Type Goat

Kambing Ferel/ Ferrel Type Goat

Dalam perjalanan ke lokasi ternakan/ On the way to the rearing location

Pandangan dalam kandang/ View inside the pen

Kandang Kambing/ Goat's Pen


Kambing-kambing dewasa dengan sebahagian anak-anak kambing yang baru lahir/ Adult goats with some of the newborns

Kambing-kambing sedang berehat di dalam kandang/ Goats resting inside the pen

Pandangan dalam kandang/ View inside the pen

Pandangan dalam kandang/ View inside the pen

Untuk Tempahan/ To Place An Order; Booking

Sekiranya berhasrat untuk membeli kambing/lembu samada untuk kenduri/aqiqah/korban anda boleh membuat tempahan seperti berikut:
If you are interested, you may place your order/booking as follows:

i) Marzuki - 016-9880341; e-mel: matkb78@yahoo.com.my
ii) Ayah Zain (Bilal Dabong) - 013-9559870; 09-9607977
iii) Khairul - 014-8191469; e-mel: kny6955@gmail.com

Proses Perolehan dan Pemilihan Baka/ Selection and Procurement Process


Proses perolehan iaitu memilih dan membeli baka-baka kambing dari daerah-daerah sekitar/ Procurement process which is selecting and buying goat's from neighbouring district/ area

Baka-baka kambing yang dipilih untuk dihantar ke lokasi ternakan/ Selected goats ready to be transported to the rearing location

Penyediaan Tapak Kandang/ Preparation For Building The Pen


Semasa kerja-kerja menebas dijalankan/ Clearing process

Pemandangan asal iaitu hutan terbiar sebelum dibersihkan untuk pembinaan kandang/ Original view before getting cleared to build the rearing pen

Selepas kerja-kerja menebas dan membersihkan tapak kandang/ After clearing the area

Proses penyediaan tapak sebelum kerja-kerja membina kandang dan kawasan ragut diadakan/ Preparation process before building the rearing pen and grass field

Friday, June 19, 2009

Latarbelakang/ Background

Jelawangternak.com adalah hasil perkongsian/usahasama di antara saya dan Marzuki untuk menceburi bidang penternakan lembu dan kambing. Idea untuk mewujudkan usahasama ini telah mula diilhamkan pada tahun 2007 dan telah direalisasikan pada pertengahan tahun 2008.

Diperingkat permulaan, jenis ternakan yang diutamakan adalah lebih kepada ternakan kambing terlebih dahulu kerana beberapa faktor. Baka-baka kambing yang terdiri dari Kambing Anglo, Kambing Ferel dan Kambing Kampung diperolehi daripada pelbagai daerah di Kelantan dibawa ke lokasi ternakan yang terletak di Daerah Dabong, Kelantan 3 km daripada kawasan Airterjun Jelawang.

Sebanyak 20 ekor kambing dikumpulkan dan objektif awal adalah ditumpukan untuk keserasian dan pembiakan terlebih dahulu.

Jelawangternak.com established results of cooperation/sharing between me and Marzuki in attempt to enter the field of cattle (goat and cow) rearing. The idea to begin this cooperation was inspired on year 2007 and being realized in the middle of year 2008.

At the beginning, we decide to concentrate more on rearing goats because of certain factors. Goat breeds such as anglo, ferrel and local obtained from neighbouring district/ area in Kelantan brought to the rearing location in Dabong District, Kelantan 3 km from the famous Jelawang Waterfall.

Around 20 goats selected and the early objectives are to concentrate on the familiarizing and breeding of the breeds.