Friday, June 19, 2009

Latarbelakang/ Background

Jelawangternak.com adalah hasil perkongsian/usahasama di antara saya dan Marzuki untuk menceburi bidang penternakan lembu dan kambing. Idea untuk mewujudkan usahasama ini telah mula diilhamkan pada tahun 2007 dan telah direalisasikan pada pertengahan tahun 2008.

Diperingkat permulaan, jenis ternakan yang diutamakan adalah lebih kepada ternakan kambing terlebih dahulu kerana beberapa faktor. Baka-baka kambing yang terdiri dari Kambing Anglo, Kambing Ferel dan Kambing Kampung diperolehi daripada pelbagai daerah di Kelantan dibawa ke lokasi ternakan yang terletak di Daerah Dabong, Kelantan 3 km daripada kawasan Airterjun Jelawang.

Sebanyak 20 ekor kambing dikumpulkan dan objektif awal adalah ditumpukan untuk keserasian dan pembiakan terlebih dahulu.

Jelawangternak.com established results of cooperation/sharing between me and Marzuki in attempt to enter the field of cattle (goat and cow) rearing. The idea to begin this cooperation was inspired on year 2007 and being realized in the middle of year 2008.

At the beginning, we decide to concentrate more on rearing goats because of certain factors. Goat breeds such as anglo, ferrel and local obtained from neighbouring district/ area in Kelantan brought to the rearing location in Dabong District, Kelantan 3 km from the famous Jelawang Waterfall.

Around 20 goats selected and the early objectives are to concentrate on the familiarizing and breeding of the breeds.

No comments:

Post a Comment